Monday 30 July 2012

masih suamiisteri kah di alam akhirat ?


Ramai pasangan kekasih (suami isteri ) berazam dan mengikat janji untuk hidup dan mati bersama .
Azam mereka membayangkan betapa utuhnya kasih sayang mereka seolah olah hanya maut yang mampu memisahkahkan mereka. 
Namun pernahkah mereka memikirkan adakah kasih sayang suami isteri itu akan kekal hingga ke akhirat?

tak kurang hebatnye dengan pasangan kekasih zaman sekarang .
sanggup berjanji sehidup semati konon konon nak buktikan kasih sayang yang sebenar . hakikatnya ?

tepuk dada tanya selera

persoalan nya mampukah seorang isteri kekal menjadi isteri kepada sang suami di akhirat kelak ?

kite ade jawapan nye . jom la kite bace reramai .

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

Rasullullah SAW bersabda :
‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).


Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

 Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

 Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. 
‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

dah terjawab persoalan yang membelenggu fikiran anda semua selame ini ?

renung renung kan dan selamat beramal .

~ salam sayang dari ~
aspa


suka ? sila lah like ye

No comments:

Post a Comment

komen - komen yang bernas

hasil nukilan Jamiatul Aspha