Friday 3 August 2012

bukan cinta biasa


bile bace entry kali ni macam tajuk lagu penyanyi tersohor SITI NURHALIZA tu kan ? tapi ape yang aku nak kongsi disini adalah cinta selain dari cinta manusia . sebab tu la name nye bukan cinta biasa .

Ramai para remaja di luar sana yang menganggap cinta mereka suci . sanggup meredah lautan api konon . natijah nya kita sendiri sedar bahawa cinta kepada Allah dan Rasul lebih suci dan mulia , lebih mendapat berkat dan keredhaan-Nya . Tapi tahukah pembace sekalian tahap cinta kita ? taktahu kan . ape kate kite tingkatkan lagi ilmu kite dengan membace artikel yang aku anggap sangat menarik di bawah ini .

Tahap yang paling rendah, Tahap Pertama: 'Alaqah

Secara harfiah maksudnya ada hubungan, kebergantungan, kaitan (connection). Kita dah berusaha mengingat Allah bkn sahaja ketika kita susah atau senang malah setiap saat kita mengingatiNya (tak pernah lupa w/pun sesaat dan tak pernah jauh walaupun seinci) yakni kita berhubung dgn Allah. (Seringkali manusia lupa Allah bila senang, sihat atau kaya tapi (berhubung dengan Allah) ingat ketika susah, sakit atau jatuh miskin).. Bila kita agak senang kita agak renggang dengan Allah sebab kita rasa dah boleh berdikari. Jika yang asas ini pun tidak kuat agak susah nak naik ke tahap yg lebih tinggi. Jadi cubalah usaha menyatukan hati kita dengan Allah dgn mencuba menyukai apa yg Allah suka dan membenci apa yg Allah tak suka, maknanya buat apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yg Allah tak bagi buat. Ingatlah akan sabda Nabi ttg 7 golongan manusia yg akan mendpt naungan Allah pada hari akhirat, salah satunya ialah dua org bani Adam yg saling menyintai kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana Allah.. Jika hati sudah terpaut dgn ciptaan Allah, peraturan Allah, redha dgn ketentuanNya, mensyukuri nikmatNya bermakna kita sudah ada CINTA ALLAH tahap pertama ini. Bila dah ada CINTA tahap ini alhamdulillah, ini dinamakan buih2 cinta/benih2 cinta, bila ada tanda2 ini maknanya kita sudah meresapkan sifat2 Allah ke dalam diri kita. Kita akan suka apa Yang Allah suka dan benci apa yang Allah benci. Kita buat semua ni krn cinta kita takkan berputus asa/tidak sabar sebagaimana kita mendidiki anak2.. sabar menegur berkali2.

Tahap Kedua: Iradah


Maknanya kehendak, kecenderungan untuk mencari/menemui org yg dicintai/yg dicari. Bila hati dah tergerak mencintai/ada benih2 cinta, dah terpaut kita mesti berkehendak atau cenderung utk mencari, kalau manusia kita cari alamat rumah, bila dah jumpa tentu kita jumpa kekasih kita. Mustahil jika kita dah ada rasa cinta kita tak mahu mencari, kita akan cari alamat dan akan cari rumahnya (jika kita dah tahu alamat tapi tak nak cari maknanya tak berertilah cinta). Lalu di mana nak cari Allah? Carilah Allah melalui ciptaan Allah.. Carilah sepertimana Nabi Ibrahim mencari Allah swt melalui bulan, bintang dan matahari serta semua ciptaan Allah, selalu org sebut Zikir dan Fikir.

Tahap Ketiga: Sobaabah

Mencurahkan/menumpahkan/menuangkan (bayangkan tuang satu baldi penuh jika guna baldi, bukan menyiram sedikit2). Ini bermaksud mencurahkan sepenuh hati rasa cinta.. cinta yg tak dapat dibendung lagi, kan bila dicurahkan air yg banyak melimpah.. Bila kekasih panggil segera datang, org lain panggil tak dengar dah, bila kekasih buat temujanji, temujanji yg lain2 batal. Bila seruan Haiyya 'alas solah, Haiyya 'alal falah tinggalkan segera kerja2 lain tanpa tangguh seminit pun krn panggilan kekasih lebih penting dpd yang lain2. Itulah cinta pd tahap ini. CINTA dicurahkan hanya kepada Allah.

Tahap Keempat: Gharab

Maksudnya menyala2/ berkobar2. Cinta yg tak boleh dipisahkan lagi sebagaimana Laila dan Majnun, biar hujan lebat atau panas terik guruh berdentum tak terasa. Cinta peringkat ini semuanya indah belaka, tersangat puas ( perasaan yang sukar nak digambarkan, seumpama nak terangkan pedas cili kpd org yg belum pernah mkn cili) setiap org yg bercinta pasti pernah merasai ini, alangkah baiknya jika cinta spt ini ditujukan kpd Allah, sebagamana bahagianya Ashabul Kahfi di dalam gua padahal apalah ada dalam gua.



Tahap Kelima: Widad

Widad iaitu menyatakan cinta/kasih sayang dgn perbuatan; rela berkorban apa sahaja; ini boleh dikaitkan dgn mawaddatan wa rahmah yg Allah kurniakan kpd pasangan suami isteri. Dua2 perkataan ni maksudnya sama iaitu kasih sayang dan belas kasihan. Mawaddah bermaksud kasih sayang dan belas kasihan yg ditunjukkan melalui perbuatan manakala rahmah tidak melalui perbuatan Cth: Pasangan ketika muda, masih bertenaga, mereka boleh menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan dan juga melalui luahan perasaan dsbnya tetapi apabila pasangan ini dah tua seorg usianya 95 manakala pasangannya 85, tak mampu lagi keduanya saling melayan sesama mereka, nak menyuap makanan ke mulut masing2 pun mungkin tak berdaya lagi tetapi perasaan mereka masih kuat saling menyayangi yakni menunjukkan rahmah. 

Dalam Surah Ar-Rum Ayat 21 Allah SWT berfirman:

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ 

Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untukmu (wahai golongan lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir."



Tahap Keenam: Shaghaf

Maksudnya memujuk/ merayu kerana cinta yg mendalam menusuk /meresap ke lubuk hati sebagaimana cinta Zulaikha kpd Nabi Yusof spt dalam surah Yusof ayat 30 di bawah:

وَقَالَ نِسۡوَةٌ۬ فِى ٱلۡمَدِينَةِ ٱمۡرَأَتُ ٱلۡعَزِيزِ تُرَٲوِدُ فَتَٮٰهَا عَن نَّفۡسِهِۦ‌ۖ قَدۡ شَغَفَهَا حُبًّا‌ۖ إِنَّا لَنَرَٮٰهَا فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٣٠

Maksudnya : Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Yusuf - 30) 

Cinta pada tahap ini meresap ke dalam hati, tak kisah apa org nak kata, biarpun Zulaikha itu isteri kpd penguasa Mesir (Raja Aziz) dia tak kisah mencintai Yusof yg entah dp mana asalnya, hamba pula kpad Raja Aziz. (tentulah kita tak disuruh berakhlak spt Zulaikha ini) tapi nak tunjukkan tahap cinta peringkat shaghaf ni dia tak kisah apa org nak kata.. Ini samalah dgn ayat Al-Maidah 54 tadi. Nabi Muhammad saw pun ketika org2 kafir cela dia Nabi tetap CINTA ALLAH. Kalau kita berada pada tahap ini kita berdakwah kita tak takut org2 menyindir kita. Samalah spt Nabi Ibrahim ketika nak menyembelih Nabi Ismail tentu jika org melihat org akan mencelanya tp krn Cinta Allah melebihi sgl2nya Nabi Ibrahim tak peduli apa org nak kata.

Dalam hal ini jika kita buat yg betul biarlah org menghina kita. Contohnya jika kita ke Mekah mengerjakan haji kita terpaksa pilih pakej termurah, berjalan kaki, tidur beralaskan lengan bertilamkan tanah berbumbungkan langit pun tak mengapa asal kita CINTA ALLAH.. inilah WIDAD.. Dalam keadaan apapun kita, ketika sakit, bergerak sedikitpun sakit kita tetap buat perintah Allah.. inilah WIDAD.

Tahap Ketujuh: 'Isqun atau 'asyik (bukan Khayal) 

Makna mendapat kepuasan, ketenangan, kebahagiaan. Ketika pada tahap shaghaf tadi, mula2 rasa tertekan tetapi akhirnya walaupun dikutuk dia mendapat kenikmatan, nikmat sabar, nikmat syukur dan nikmat ridha. Kenapa Nabi Muhammad saw berdoa: Ya Allah jadikan hambaMu ini sehari kenyang dan sehari lapar.. sebabnya ialah krn Nabi ingin jd hamba Allah yg bersyukur, dan sabar, baginda ingin mendapatkan kepuasan / nikmat syukur selepas kenyang dan nikmat sabar ketika lapar.

kesimpulannya kite sendiri perlu nilai sejauh mana tahap kecintaan kite terhadap Allah , Rasul dan manusia . Bukan orang lain yang akan mencorak kehidupan kite di kemudian hari . pucuk pangkal datangnya dari hati kite .

* artikel di copypaste dan telah di edit dari blog : http://permatainn.blogspot.com/

~ salam sayang dari ~




suka ? sila lah like ye

No comments:

Post a Comment

komen - komen yang bernas

hasil nukilan Jamiatul Aspha