Friday 5 October 2012

how to manage your anger


saje nak buat entry ni sebab lately ni terlalu banyak perkara yang mendatangkan kemarahan saye. kadang kadang sampai tak bole nak di bendung lepas tu mula la nak buat jahat * hahahahahaha

perempuan bile marah , mula la kaum adam cakap ' ai , datang bulan ke pe , asik nak mara je ' . hai cik abang , takyah tunggu datang bulan pun da bole mara tau . 

perasaan marah ni pun datang nye dari syaitooonnn nirrojim .  makhluk Allah yang sorang ni suke sangat bile kite marah . bertepuk riang ria raya gitu . kite je tak sedar bile kite marah , automatik kite 'dikawal' oleh syaitoonnn . ade tak sape sape kat sini , bile die marah je , terus jadi HULK macam kat bawah ni .


kalau ade , kat sini saye suke nak share * ayat lecture saye. beberapa TIPS MENGAWAL KEMARAHAN MENGIKUT ISLAM * bukan sukesuke buat tips sendiri tau !



1) Ubah posisi duduk.

Kalau tengah marah eloklah ubah sikit posisi duduk kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. 

Seperti sabda Rasulullah SAW :

“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” 
(Riwayat Muslim)

2) Ambil wudhuk

Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya
* try it oke . lepas berwudhuk rase cool je :)

“ Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk ” 
(Hadis riwayat Abi Daud)

3) Minum air.

Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.

4) Berdiam diri apabila marah.

Bak kata orang, diam tu lebih baik dari berkate-kate. Memang ada benarnya. Kalau kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
* mencarut dapat dose tau !

5) Menyampaikan kemarahan secara positif.

Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.

6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.

Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.

7) Keluar dari rumah * bukan lari rumah

Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Takut pulak bila duduk dalam rumah lain jadinya.

8) Senyum bila ade orang marah * tips ni saye tambah sendiri. haha

ade kene penyepak bile ade orang marah tetibe je nak senyum . senyum kambing pulak tu . haha . at least kite bole reda kan sikit kemarahan orang tu bile tengok kite senyum . nak nak orang senyum tu adelah orang yg kite sayang.


 SELAMAT MENCUBE !




suka ? sila lah like ye

3 comments:

  1. Mengawal kemarahan mengikut panduan islam adalah terbaek~! :) Salam kenal

    ReplyDelete
  2. memang susah nak kawal marah....
    Bila kita berdiam diri & duduk ke atau benda lain...
    mula org kate kita merajuk.... lagi bertambah marah la jadinya...

    My recent post : #8 Idea Menulis Blog

    ReplyDelete

komen - komen yang bernas

hasil nukilan Jamiatul Aspha