1) Ubah
posisi duduk.
Kalau tengah marah eloklah ubah sikit posisi duduk kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh.
Seperti sabda Rasulullah SAW :
“Apabila
salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri,
maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau
tidak, maka hendaklah ia berbaring”
(Riwayat Muslim)
2) Ambil
wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya * try it oke . lepas berwudhuk rase cool je :)
“ Marah
itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api
itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu
marah, maka hendaklah ia berwuduk ”
(Hadis riwayat Abi Daud)
3)
Minum air.
Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
4)
Berdiam diri apabila marah.
Bak kata orang, diam tu lebih baik dari berkate-kate. Memang ada benarnya. Kalau kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar. * mencarut dapat dose tau !
5)
Menyampaikan kemarahan secara positif.
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
6) Bawa
bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
7)
Keluar dari rumah * bukan lari rumah
Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Takut pulak bila duduk dalam rumah lain jadinya.
8) Senyum bila ade orang marah * tips ni saye tambah sendiri. haha
ade kene penyepak bile ade orang marah tetibe je nak senyum . senyum kambing pulak tu . haha . at least kite bole reda kan sikit kemarahan orang tu bile tengok kite senyum . nak nak orang senyum tu adelah orang yg kite sayang.
Mengawal kemarahan mengikut panduan islam adalah terbaek~! :) Salam kenal
ReplyDeleteALHAMDULILLAH .. THX DEAR :)
Deletememang susah nak kawal marah....
ReplyDeleteBila kita berdiam diri & duduk ke atau benda lain...
mula org kate kita merajuk.... lagi bertambah marah la jadinya...
My recent post : #8 Idea Menulis Blog